Tuesday, October 11, 2011

Pneumonia

Ni cubaan up gambar kt blog gune fon..menjadi kah??

Time ni aiman kna admit..sbb suspect ada pneumonia..sedih sgt tgk die time ni..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rutin Harian

Memula excited sebab leh tulis blog gune bb...hehe....

Ari ni cam sangat penat la...Tiap-tiap ari pun penat. Asal bangun pagi je rasa malas nya la nak pegi keja...lagi2 tengok aiman aimy bergolek2 lagi kan..lagila rasa nak join diorang...bile la nak kaya ni...huhu...Pagi2 lagi da kena wat exercise angkat berat 10kg++....huhu..bile la anak dara ibu ni nak bangun pagi jalan sendiri gi umah ibu zura??ibu nak kejutkan cam x sampai ati pulak tengah lena tidur...suke sangat tidur lewat la budak ini...ikut perangai sape ni?huhuhu...

pastu kena drive pegi ofis...kan best ada driver kan...x yahla penat nak cari parking tu satu hal..kalau da full, dapatla parking bawah skali...menapak la ko disitu...penat! x cukup nafas je tiap2 pagi..pastu mesti pegang dada rasa cam nak meletup...exercise jantung di pagi hari...fuhhhhh~

tapi itula tanggungjawap namanya kan...pada family...kerja...semua benda kena kerja...ko nak kencing pun kena jalan nak pegi toilet kan..inikan pulak ko nak cari duit untuk kenyangkan perut ko..alahai...

apa je cara nak bagi hari2 kite ni ceria ea? patut ke aku beli buku motivasi semata-mata nak memotivasikan diri sendiri ini?? pada aku la, setiap benda kite buat pun kena ikhlas..kot...baru la apa je keja yang kite nak buat tu rasa best + berbaloi je...tapi bukan hari-hari pun aku rasa camtu...sampai da tahap memang ko penat sgt, memang tak tercapai dek akal ko la nak ikhlas kan...da terasa tanggungjawap yang sgt berat pulak...minta dijauhkan....

life after married....memang la sgt berbeza dengan masa bujang dulu...kenapa lah masa aku bujang dulu aku tak terfikir nak manfaatkan masa yang ada ea?cam pegi kelas menjahit ke? sambung belajar ke? kenapa la aku tak leh berfikir cam kawan-kawan aku yang lain?? bile da nak beranak kali ke-3 ni baru la rasa cam nak buat macam2...boleh ke?? barulah terasa nak menjana kehidupan yang lebih baik...barulah ko nak terhegeh2 kan...tepuk dada tanya selera sendiri la mampu ke tak....*sigh*

sekarang ni tak payahlah nak pikir benda yang da lepas tu kan...look forward la intan!fokus pada family+aimy aiman+suami yang paling penting sekarang ni...mereka la harta dunia akhirat yang paling berharga tiada tolok bandingannya :) berusaha perbaiki diri sendiri untuk jadi yang lebih baik...ibu yang lebih baik...ister yang lebih baik....

InsyaAllah.... no regret!!

Monday, October 10, 2011

Testing..testing..

Cubaan mengupdate blog thru ..berjayakah??
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 7, 2011

Check Up

Rabu lepas 05-10-11 lepas setel masukkan duit raya aimanaimy, terasa2 nak gi scan lak... ye la, dah la tak pegi check up, tak tau apa perkembangan baby ni kan..terasa bersalah plak sebab cam wat tak kisah je...

Pegi klinik Soraya sekyen 3, sebab aku tau kat situ je scan yang paling dekat dgn ofis + murah sket dari Umra..huhuhu...

19 weeks
Alhamdulillah....semuanya sihat & membesar dengan jayanya...hehe..tapi still tak dapat tengok sex baby lagi...19minggu baru pun kan....punye la excited...cume nye..uri still kat bawah...tapi masa aimy dulu pun,macam tu jugak...InsyaAllah, nanti uri tu bergerak ke atas...sama2 la kite doakan ye...amin~

Khamis 06-10-11 akhirnya encik suami mendapat kesedaran untuk menemani ku ke Klinik Kesihatan Seksyen 7....hehehe...penat gile ok tunggu dari kul8 - 1.00ptg!! org tua tu siap leh tido lagi...kejap2 tengok jam...kejap2 tengok jam...baru ko tau penat nye tunggu turn check-up selama ni...susah senang sama-sama ye bang....Semua result ok...for a time being la...next week kena minum air gula...hadoi..bosan ok prosedur nak check up pregnant ni...tapi utk sape pun, baby jugak...layankan aje....

Hopefully semuanya ok je ;)

Monday, October 3, 2011

Obimin VS Salindah

Mengandungkan aiman & aimy takde banyak sangat masalah nye... morning sickness cam muntah time gosok gigi tu biasa la....tapi kali ni semacam plak rasanya..agaknye sebab awal trimester ni masa bulan puasa tu kot...ke tu alasan semata2?hehe...

Kali ni takde la se-excited kali pertama pregnant..huhuhu..biasala tu kot...benda tak ready kan..tapi kena redha & terima jugak...dah nak masuk 5bulan ni, check-up pun blom lg...selamba giler ar...masa aimy dulu pun dah nak masuk 5 bulan baru pegi...biasala,kena marah ngan nurse..nak wat camne cik nurse, saya ada laki kn..

sekarang ni cepat sgt sakit kepala...agaknye sebab x makan lagi any supplement kot..so, inisiatif diri sendiri, pegi la carik mlm tadi kt guardian....ye la,ko da mengandung, tapi x makan ubat apa2,memangla ko akan lembik semacam...perubahan hormon, perubahan diri... pegi la cari obimin,tapi otak ni duk pikir nak try salindah..sebab orang kata tu bagus la dari obimin tu...tapi sebenar2nya, obimin tu je pun dah cukup khasiat2 yg ada for pregnancy...cume kelebihan pada salindah tu, bagus utk otak anak2...tapi pada aku pulak, semua tu usaha..kalau kite berharap semata-mata kat ubat tu, tapi 1 amalan pun ko tak ada, tak gune jugak kot..btol x??

Beza nya lagi antara obimin ngan salindah tu, dah tentu la HARGA nya kan...obimin tu cume sebotol je ko kena makan, salindah berbotol2! pualk tu 1 set sampai 3rat++ tu...!!! seriously,pada aku, kalau aku da berlebih duit je aku beli lah...bile dipikir2kan balik, masa pregnant kan aiman aimy pun aku makan obimin je....sehat Alhamdulillah diorang tu...cepat pandai?? tu semua terpulang pada diorang..masing2 punye keupayaan diri sendiri...kuasa Allah...aku tak kata salindah tu x bagus ke hapa, kalau ada duit lebih,aku pun nak beli jugak...cume mungkin aku kena pikir rasional & logik situasi & keadaan aku sekarang ni...baikla aku simpan untuk belanja harian untuk yang ada tu...susu diorang, pampers lagi.....siapa yang tak nak buat/bagi yang terbaik buat anak2 diorang kan?????!!!Aku nak je,tapi aku xmampu!! huhuhu...InsyaAllah adala rezeki anak2 ibu...setakat ni, takde la putus rezeki untuk diorang,untuk keluarga aku..Alhamdulillah...bersederhana dari segala segi....

kalau nak senaraikan perbezaan antara obimin ngan salindah,memangla sangat berbeza..so aku link kn kat sini je...kot la esok lusa aku nak tau lagi pasal benda ni...huhuhu... obimin & salindah

Tuesday, September 27, 2011

update gambar je....

Tengah rajin nak update konon......letak gambar je..... ;)














sume ni gambar2 kenangan...kalau rajain akan diupload sentiasa! sendiri yang nak tgk pun.........huhu

Thursday, September 22, 2011

Jangkitan Rotavirus

Da nak 2minggu aimy aiman kena diarrhea...tapi...dorang xde plak merengek je..rasanya kalau dorang rasa sakit mesti dorang meragam / merengek kan?? ni relax je...tau2 je bau...tau2 je da tembus....huhuhu

So, dah nak masuk minggu ke-2 ni, lebih baikla bertindak sebelum terlambat kot eventhough dorang x tunjuk yg dorang ni sakit...selagi tak pegi klinik, selagi tu terpikir2, risau, rasa tak dapat jadi ibu yang bertanggungjawap pun ada...huhuhu

Pagi tadi berbekal hati yg cekal  aku bawak aiman pegi klinik dr. rosli...memula cam berbelah bahagi, patut pegi klinik pakar ke, klinik keluarga je ea?? setelah dihitung kira, aku try pegi klinik keluarga dulu ar sebab rekod dorang ada kat situ...kalau berlarutan, baru gi pakar hopefully xterlambat la x_x 

Bawak mamat kerek ni 1 je la masalah nye, datang hangin die....kalau dah start merengek, tahan je la..doc nak check prot ko pun leh die tendang tadi??nasibla ko budak lagi man...kalau x, ibu da sebat titik2 kaki ko tu....

Doc pun explain la dalam kepayahan aku pegang mamat kerek ni tadi...kemungkinan besarnya, dorang ni kena jangkitan rotavirus...apa itu rotavirus?jap lagi aku letak kat sini....yang paling penting, jangan sampai bagi dorang ni dehydrate...tapi utk aiman aimy ni, kes dorang ni xdela berat sangat...di peringkat awal lagi...cume kena berjaga2 la...extra care!!!

ni info pasal virus yg jahat tu ea....

Apakah jangkitan Rotavirus?

Ini adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.

Apakah yang menyebabkan jangkitan ini?

Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Ia merebak melalui pencemaran najis.

Simptom dan penularan rotavirus
Muntah, cirit-birit, demam dan sakit perut adalah simptom rotavirus. Demam dan muntah boleh berlarutan hingga sembilan hari, manakala cirit-birit pula hingga tiga minggu.
Kata Dr. Khoo, cirit-birit akibat rotavirus lebih mengundang risiko dehidrasi berbanding cirit-birit akibat lain.
"Komplikasi major akibat dehidrasi termasuk renjatan, masalah pernafasan, kardiak, kegagalan buah pinggang, jangkitan otak dan membawa maut," katanya.
Menurut beliau, rotavirus sangat mudah menular. Ia boleh hidup hingga beberapa jam pada persekitaran dan beberapa hari pada permukaan tangan dan pepejal.
Saluran makanan dan najis paling mudah menyebarkan rotavirus. Selain itu ia disebarkan melalui seorang ke seorang yang lain melalui tangan yang tercemar, barang permainan dan objek lain.
"Ibu-ibu perlu memahami bahawa gastroenteritis adalah penyakit serius dan rotavirus boleh menyerang semua kanak-kanak," katanya.
Menangani cirit-birit dan rotavirus
"Elakkan bayi mengalami dehidrasi berterusan dengan memberi susu ibu, formula dan juga cecair lain ketika mereka mengalami cirit-birit. Bawa bayi berjumpa doktor jika ia menunjukkan tanda dehidrasi seperti mulut kering, lampin tidak basah antara enam hingga lapan jam, terdapat pendarahan pada najis, demam dengan suhu tinggi, kerap muntah dan sebagainya," katanya.
Sementara bagi menangani jangkitan rotavirus pula, tiada rawatan antiviral spesifik digunakan melainkan menggunakan kaolin, pectin, smecta dan probiotik.
"Menggunakan oral redehidrasi adalah penyelesaian biasa yang sering digunakan," katanya.
Dalam sesetengah kes muntah yang teruk, redehidrasi dengan cecair melalui laluan intravena diperlukan.
Mengurangkan risiko jangkitan
"Susu ibu adalah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan jangkitan rotavirus. Selain itu kerap disinfek barang permainan dan kawasan bermain. Amalkan kebersihan dan sanitasi asas seperti membasuh tangan dengan betul.
"Namun membasuh tangan dan disinfek sahaja tidak mencukupi dan cara yang paling baik adalah mendapatkan vaksinasi rotavirus," ujar Dr Khoo.
Dengan mendapatkan vaksin rotavirus katanya, ia menawarkan pencegahan paling baik dalam melawan jangkitan rotavirus di kalangan bayi.

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?
Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu. Ianya tidak mengganggu keberkesanan imunisasi OPV.
Ia juga tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception) yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan. Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet. Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus.
Vaksin rotavirus ini diberi secara oral dalam 3 dos, iaitu pada usia 2, 4 dan 6 bulan. Dos ke 3 perlu diberi sebelum umur mencapai 32 minggu atau pada usia 7 bulan.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada anak mereka untuk mencegah jangkitan ini.

Monday, September 19, 2011

contest

ni 1st time na join contest online ni..tapi aku tau, xde sape pun yg akan baca blog ni..so aku simpan wat kenang2an je la...nnti masuk fb suh sume org like gambar kite kan aiman...hehe.. 


kalu ada pun yang terbaca la kiranya...silalah klik like ea kt sini tapi mcm biasala..mcm xde harapan je nak menang pun...tengok yang lain da beratus2 voted lda...jangan harapla weh...huhuhu

Wednesday, September 14, 2011

kucing

sori la korang pd yg terasa entry ni ( ada ke yg na baca pun ) ni cume luahan hati aku je yang selama ni memendam rasa...eceh... aku bukan jenis yg anti-kucing sgt la... cume xberapa suke....bukan apa, ada sesetengah mereka yang membela kucing ni x pandai nak control or jaga or bela kucing2 tu kot....pada aku la, as a muslim kan, kalau da najis dorg tu pun da bersepah, camne? rasa tak yakin tu tetap ada sebabnya ko still akan bau2 lagi menda alah tu kan....kalau ko nak bela beribu pun, bela la...x heran der...asalkan makan berak kucing2 tu terbela dgn rapi nye..janganlah bg bersepah sgt kot...


Aku suke je kucing2 yg manja2 tu, tgk golek2 kat kaki kan...tapi yg failed nye tu bab najis2 mereka itu...huhuhu... AimyAiman pun suke main ngan kucing, cume risau sebab paru-paru dorang ni sgt la lemah...asyik batuk je...baru baik sikit, da batuk balik...


Aku pun ada je kawan2 yang bela kucing...terbela gak la rumah dorang sebab mmg ada rumah khas utk kucing2 beliau...hehehe....yang tu aku salute la...
sori la ea, ni cume pendapat aku je....

Tuesday, September 13, 2011

Yang ke-3

Secara rasminya diumumkan ketibaan yang ke-3...jeng.jeng..jeng...hahahaha... blog ni pun saja2 wat utk catatan diri sendiri je..manala tau,baca lagi 10tahun akan datang, leh ingat balik jalan cerita nya..Ooo, mcm tu rupenye....ha...tapi cite nye mcm ntah apa2 ntah kan...kejap ada, kejap xde....sukati la kan..blog sendiri....hahahaha.....time ni pun sambil filing L 300...bknnye fulltime ngadap pc ni semata2 ko nak tulis blog...hehe..

Alhamdulillah...rezeki Allah nak bagi....+ve pregnant lagi....huhuhuhuhuhuhuhu... but this time, sungguh2 x ready lagi sbnrnye....dah makan ubat pun,tetap ada jugak...kuasa Allah kan...dah Allah nak bagi...terima je...At 1st, mmg mcm xleh nak terima gile2 nye....siap nangis ni bile dapat tau....yang paling scary, bile mak yg tau...kalau nak citer kat sini, bunyi nye mcm kejam je sebab mcm2 cara buat xnak bg lekat...kuasa Allah penentu segala2 nya kan....sekarang ni dah nak masuk 4bulan da pun...Emak pun dah tau...& Alhamdulillah...xde la seteruk yang disangka...takut sgt2 kalau mak xnak tegur..GILE ke mak xnak tegur 1ari???? leh wat xsenang duduk tau!!

Mohon pada Allah, semoga dipermudahkan segala2nya...

3rd pregnancy

Cinta Kita

Daisypath Anniversary tickers

Umma Aiman

Lilypie Third Birthday tickers

Aimy Arieana

Lilypie Second Birthday tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com - Photoshop Brushes Obsidian Dawn