Tuesday, September 27, 2011

update gambar je....

Tengah rajin nak update konon......letak gambar je..... ;)














sume ni gambar2 kenangan...kalau rajain akan diupload sentiasa! sendiri yang nak tgk pun.........huhu

Thursday, September 22, 2011

Jangkitan Rotavirus

Da nak 2minggu aimy aiman kena diarrhea...tapi...dorang xde plak merengek je..rasanya kalau dorang rasa sakit mesti dorang meragam / merengek kan?? ni relax je...tau2 je bau...tau2 je da tembus....huhuhu

So, dah nak masuk minggu ke-2 ni, lebih baikla bertindak sebelum terlambat kot eventhough dorang x tunjuk yg dorang ni sakit...selagi tak pegi klinik, selagi tu terpikir2, risau, rasa tak dapat jadi ibu yang bertanggungjawap pun ada...huhuhu

Pagi tadi berbekal hati yg cekal  aku bawak aiman pegi klinik dr. rosli...memula cam berbelah bahagi, patut pegi klinik pakar ke, klinik keluarga je ea?? setelah dihitung kira, aku try pegi klinik keluarga dulu ar sebab rekod dorang ada kat situ...kalau berlarutan, baru gi pakar hopefully xterlambat la x_x 

Bawak mamat kerek ni 1 je la masalah nye, datang hangin die....kalau dah start merengek, tahan je la..doc nak check prot ko pun leh die tendang tadi??nasibla ko budak lagi man...kalau x, ibu da sebat titik2 kaki ko tu....

Doc pun explain la dalam kepayahan aku pegang mamat kerek ni tadi...kemungkinan besarnya, dorang ni kena jangkitan rotavirus...apa itu rotavirus?jap lagi aku letak kat sini....yang paling penting, jangan sampai bagi dorang ni dehydrate...tapi utk aiman aimy ni, kes dorang ni xdela berat sangat...di peringkat awal lagi...cume kena berjaga2 la...extra care!!!

ni info pasal virus yg jahat tu ea....

Apakah jangkitan Rotavirus?

Ini adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.

Apakah yang menyebabkan jangkitan ini?

Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Ia merebak melalui pencemaran najis.

Simptom dan penularan rotavirus
Muntah, cirit-birit, demam dan sakit perut adalah simptom rotavirus. Demam dan muntah boleh berlarutan hingga sembilan hari, manakala cirit-birit pula hingga tiga minggu.
Kata Dr. Khoo, cirit-birit akibat rotavirus lebih mengundang risiko dehidrasi berbanding cirit-birit akibat lain.
"Komplikasi major akibat dehidrasi termasuk renjatan, masalah pernafasan, kardiak, kegagalan buah pinggang, jangkitan otak dan membawa maut," katanya.
Menurut beliau, rotavirus sangat mudah menular. Ia boleh hidup hingga beberapa jam pada persekitaran dan beberapa hari pada permukaan tangan dan pepejal.
Saluran makanan dan najis paling mudah menyebarkan rotavirus. Selain itu ia disebarkan melalui seorang ke seorang yang lain melalui tangan yang tercemar, barang permainan dan objek lain.
"Ibu-ibu perlu memahami bahawa gastroenteritis adalah penyakit serius dan rotavirus boleh menyerang semua kanak-kanak," katanya.
Menangani cirit-birit dan rotavirus
"Elakkan bayi mengalami dehidrasi berterusan dengan memberi susu ibu, formula dan juga cecair lain ketika mereka mengalami cirit-birit. Bawa bayi berjumpa doktor jika ia menunjukkan tanda dehidrasi seperti mulut kering, lampin tidak basah antara enam hingga lapan jam, terdapat pendarahan pada najis, demam dengan suhu tinggi, kerap muntah dan sebagainya," katanya.
Sementara bagi menangani jangkitan rotavirus pula, tiada rawatan antiviral spesifik digunakan melainkan menggunakan kaolin, pectin, smecta dan probiotik.
"Menggunakan oral redehidrasi adalah penyelesaian biasa yang sering digunakan," katanya.
Dalam sesetengah kes muntah yang teruk, redehidrasi dengan cecair melalui laluan intravena diperlukan.
Mengurangkan risiko jangkitan
"Susu ibu adalah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan jangkitan rotavirus. Selain itu kerap disinfek barang permainan dan kawasan bermain. Amalkan kebersihan dan sanitasi asas seperti membasuh tangan dengan betul.
"Namun membasuh tangan dan disinfek sahaja tidak mencukupi dan cara yang paling baik adalah mendapatkan vaksinasi rotavirus," ujar Dr Khoo.
Dengan mendapatkan vaksin rotavirus katanya, ia menawarkan pencegahan paling baik dalam melawan jangkitan rotavirus di kalangan bayi.

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?
Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu. Ianya tidak mengganggu keberkesanan imunisasi OPV.
Ia juga tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception) yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan. Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet. Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus.
Vaksin rotavirus ini diberi secara oral dalam 3 dos, iaitu pada usia 2, 4 dan 6 bulan. Dos ke 3 perlu diberi sebelum umur mencapai 32 minggu atau pada usia 7 bulan.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada anak mereka untuk mencegah jangkitan ini.

Monday, September 19, 2011

contest

ni 1st time na join contest online ni..tapi aku tau, xde sape pun yg akan baca blog ni..so aku simpan wat kenang2an je la...nnti masuk fb suh sume org like gambar kite kan aiman...hehe.. 


kalu ada pun yang terbaca la kiranya...silalah klik like ea kt sini tapi mcm biasala..mcm xde harapan je nak menang pun...tengok yang lain da beratus2 voted lda...jangan harapla weh...huhuhu

Wednesday, September 14, 2011

kucing

sori la korang pd yg terasa entry ni ( ada ke yg na baca pun ) ni cume luahan hati aku je yang selama ni memendam rasa...eceh... aku bukan jenis yg anti-kucing sgt la... cume xberapa suke....bukan apa, ada sesetengah mereka yang membela kucing ni x pandai nak control or jaga or bela kucing2 tu kot....pada aku la, as a muslim kan, kalau da najis dorg tu pun da bersepah, camne? rasa tak yakin tu tetap ada sebabnya ko still akan bau2 lagi menda alah tu kan....kalau ko nak bela beribu pun, bela la...x heran der...asalkan makan berak kucing2 tu terbela dgn rapi nye..janganlah bg bersepah sgt kot...


Aku suke je kucing2 yg manja2 tu, tgk golek2 kat kaki kan...tapi yg failed nye tu bab najis2 mereka itu...huhuhu... AimyAiman pun suke main ngan kucing, cume risau sebab paru-paru dorang ni sgt la lemah...asyik batuk je...baru baik sikit, da batuk balik...


Aku pun ada je kawan2 yang bela kucing...terbela gak la rumah dorang sebab mmg ada rumah khas utk kucing2 beliau...hehehe....yang tu aku salute la...
sori la ea, ni cume pendapat aku je....

Tuesday, September 13, 2011

Yang ke-3

Secara rasminya diumumkan ketibaan yang ke-3...jeng.jeng..jeng...hahahaha... blog ni pun saja2 wat utk catatan diri sendiri je..manala tau,baca lagi 10tahun akan datang, leh ingat balik jalan cerita nya..Ooo, mcm tu rupenye....ha...tapi cite nye mcm ntah apa2 ntah kan...kejap ada, kejap xde....sukati la kan..blog sendiri....hahahaha.....time ni pun sambil filing L 300...bknnye fulltime ngadap pc ni semata2 ko nak tulis blog...hehe..

Alhamdulillah...rezeki Allah nak bagi....+ve pregnant lagi....huhuhuhuhuhuhuhu... but this time, sungguh2 x ready lagi sbnrnye....dah makan ubat pun,tetap ada jugak...kuasa Allah kan...dah Allah nak bagi...terima je...At 1st, mmg mcm xleh nak terima gile2 nye....siap nangis ni bile dapat tau....yang paling scary, bile mak yg tau...kalau nak citer kat sini, bunyi nye mcm kejam je sebab mcm2 cara buat xnak bg lekat...kuasa Allah penentu segala2 nya kan....sekarang ni dah nak masuk 4bulan da pun...Emak pun dah tau...& Alhamdulillah...xde la seteruk yang disangka...takut sgt2 kalau mak xnak tegur..GILE ke mak xnak tegur 1ari???? leh wat xsenang duduk tau!!

Mohon pada Allah, semoga dipermudahkan segala2nya...

3rd pregnancy

Cinta Kita

Daisypath Anniversary tickers

Umma Aiman

Lilypie Third Birthday tickers

Aimy Arieana

Lilypie Second Birthday tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com - Photoshop Brushes Obsidian Dawn